Thursday, September 10, 2015

KERANA TIDAK PATRIOTIK, #YayasanPatriot JEMPUT @ngakorming DAN @nweiaik TONTON #BRAVO5?


Timbalan Pe­nge­rusi Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya mengambil kesempatan untuk menjemput wakil rakyat DAP terutama Ng Wei Aik dan Nga Kor Ming menonton filem berkenaan kerana dilihat selalu terkeliru dengan semangat patriotisme.

“Melalui jemputan ini diharap dua pemimpin DAP itu dapat membiasakan diri dengan aktiviti patriotisme selain terlibat dengan program amal. Selain itu, YPNM turut menjemput ahli-ahli politik daripada pelbagai parti untuk menyaksikan filem ini,” katanya.

Tambah beliau, bersempena sambutan Hari Malaysia, pihak­nya akan menganjurkan program ‘Tayangan Amal Patriot - Bravo 5’ bersama anak yatim, balu serta bekas anggota komando pada 14 September depan di GSC Quill City Mall di sini.

No comments:

MY SLIDESHARE UPLOAD

Blog Archive